Minggu, 06 September 2015

Minggu, September 06, 2015
Gambaran serangan Aceh terhadap Portugis

Ummat Melayu Nusantara ini bukanlah ummat yang lemah, sepertimana yang selalu dinukilkan oleh Barat,
Ummat ini dengan bangganya mempamerkan keizzahan Islam yang ada pada diri mereka.
Ketika mana sebelum jatuhnya kota Melaka 1511, sejarawan menyebut, tentera Portugis melawan satu batalion tentera yang sangat kuat, terlatih dan sangat ramai, kapal-kapal yang besar, meriam-meriam dan senjata api yang banyak setanding dengan teknologi Eropah pada ketika itu. Dan paling penting usaha jihad melawan Portugis itu tidak terhenti disitu dan diteruskan pula selama 15 tahun.
Ummat ini bukanlah ummat yang lemah
Pada tahun 1547, dengan menggunakan tinta yang ditulis dengan darah askar Portugis, tentera Aceh mengirimkan surat kepada Gabenor Portugis pada ketika itu, Simao de Mello (1545-1548). Dia dituntut supaya menyerahkan Melaka pada Aceh atau akan digempur! Simao pada ketika itu tidak berani melawan melainkan bertahan sahaja di dalam benteng pertahanan.
The Cannon know as Lada Secupak. Provides clear evidence of Ottoman presence in Aceh


Pantang menyerah kalah, pada Tahun 1564 Gabenor Portugis ketika di Goa, Dom Antonio de Noronda telah mendapat khabar Aceh telah membuat pakatan bersama negara-negara Islam dan bernaung di bawah kerajaan Turki Uthmaniyyah. Sultan Alauddin Riayat Syah al-Kahhar telah menghantar utusan seawal tahun 1530 lagi.
Sultan Suleiman pada ketika itu telah menghantar sebanyak 500 orang tentera Turki yang terdiri daripada (gunners, gunfounders, dan jurutera) beserta bantuan persenjataan berupa senjata api dan 200 meriam tembaga. Ekspedisi diketuai laksamana, Kurtoğlu Hızır Reis.
Pada tahun 1568 barulah terjadi serangan Acheh besar-besaran yang dipimpin oleh Sultan Al Kahhar sendiri. Serangan itu berlaku sangat dasyhat sekali, walaupun kalah pada serangan kali ini. Aceh meneruskan lagi serangan semasa pemerintahan Sultan Ali Riayat Syah pada tahun 1573, 1575 dan 1577 masihi.
**********
Kapal Turki Uthmaniyyah dipercayai dalam misi ke Aceh.
Tahukah anda, Acheh berhasil menawan Melaka selama 8 bulan kesan daripada siri perjuangan panjang ummat nusantara ini melawan hegemoni kuffar/penjajah.
Serangan terbesar yang menyaksikan penguasaan Aceh terhadap Melaka selama 8 bulan, berlaku pada tahun 1628-1629 yang dipimpin panglima berpengalaman ummat ini, yakni Orang Kaya laksamana dan Orang Kaya Raja Setia Lela. Sementara yang menjadi panglima pertahanan Portugis di Melaka adalah Diogo Lopez de Fonseco.
Beberapa siri pertahanan lawan berjaya dipatahkan tentera Aceh, bermula dengan pertempuran laut, lalu maju ke darat menghadapi perlawanan di kuala sungai Punggur, 6 km di sebelah hilir kota. Portugis lalu mundur ke Bandar Hilir, selepas dikalahkan mundur pula ke bukit pipi (Saint John). Dengan hebat laksamana menghujani pertahanan Portugis dengan peluru-peluru meriam. Akhirnya Saint John berjaya didapatkan oleh tentera Aceh. Pertahanan Portugis selanjutnya adalah Gereja, Madre di Dios. Gereja ini baru disiapkan pada 1581. Pertembungan berlaku selama hampir 2 bulan. Selama itu Madre di Dios disirami meriam-meriam Aceh yang bertalu-talu menyerang. Panglima perang diganti oleh Francisco de Maya pula kerana Fonseca cedera parah. Gereja Madre di Dios telah berhasil dihancurkan lalu,tentera-tentera Aceh maju pula ke kota, mengejar tentera-tentera Portugis seperti orang hilang pedoman.
Kota Melaka sudah dikuasai. Di sini tentera Aceh melakukan pengepungan. Dengan membina tanah-tanah tinggi dan palang-palang kuat. Dari bukit Cina sampai Trangkra telah diduduki tentera Aceh. Tinggalah Portugis di dalam Kota A Famosa mereka yang kuat selama berbulan-bulan dengan bekalan makanan yang cukup banyak.
Tentera Aceh semakin melemah ketika itu dan Portugis, mendapat bantuan bala tentera yang ramai, akibat daripada pengkhianatan umat Islam sendiri. Sekutu Portugis pada ketika itu adalah sultan Pahang dan Johor. Bersama-sama tentera tambahan yang datang daripada Goa.
Begitulah Strategi Portugis yang sebenarnya lemah tidak bermaya, tetapi menggunakan kaedah pecah dan perintah, untuk mengucar-kacirkan negara-negara umat Islam di kepulauan Nusantara. Teknik ini persis seperti apa yang kita lihat digunakan Israel dalam polisi peripheral mereka terhadap negara-negara Arab.
**********

Kapal, peta dan juga meriam ini menjadi bukti, bagaimana tuntutan Jihad bergema dalam sanubari ummat. Pantang menyerah jiwa dan raga untuk ditakluki oleh musuh apatah lagi melihat setiap inci tanah air ummat Islam ini tergadai. Kemerdekaan sebenar bagi jiwa-jiwa ini adalah kemerdekaan daripada sebarang perhambaan kepada manusia menuju kepada perhambaan kepada Allah swt.
Wallahualam
rujukan:
Dennys Lombard - Kerajaan Aceh Jaman Sultan Iskandar Muda (1607-1636)
From Anatolia To Aceh "Ottomans, Turks and Southeast Asia" Edited by A.C.s Peacok & Annabel Teh Gallop
Islam in the Indonesian world: an account of institutional formation Azyumardi Azra
Netherlands India: A Study of Plural Economy By J. S. Furnivall
Sartono Kartadijo. Pengantar Sejarah Indonesia Baru
The Cambridge History of Southeast Asia (1500-1800) by Nicholas Tarling p.39
The Portuguese in the East: A Cultural History of a Maritime Trading Empir by Shihan de Silva Jayasuriya
The First Portuguese Colonial Empire By M. D. D. Newitt
Environment and Development in the Straits of Malacca By Goh Kim Chuan, Mark Cleary
War Peace and the Burden of History in Aceh By Anthony Reid
Comments
0 Comments

0 komentar: